Kemas kini terakhir: 19 Oktober 2026
Jawi Digital ("kami") menghormati privasi pelawat dan pengguna platform ini (jawidigital.my). Dasar ini menerangkan data apa yang kami kumpul, bagaimana ia digunakan, dan hak anda berkaitan data tersebut.
Data Yang Dikumpul
- Bila anda log masuk menggunakan Google, kami terima nama, alamat e-mel, dan gambar profil dari akaun Google anda.
- Rekod pembelian/pesanan produk di Kedai (nama, nombor telefon, alamat e-mel yang anda masukkan semasa membeli).
- Mesej yang anda hantar melalui borang Hubungi (nama, nombor telefon, e-mel pilihan, dan kandungan mesej).
- Statistik ringkas penggunaan laman (jumlah pelawat), tanpa mengenal pasti individu.
Penggunaan Data
- Untuk mengesahkan identiti anda dan membenarkan akses ke bahan/produk yang anda beli atau daftar.
- Untuk memproses pesanan dan menghubungi anda berkaitan pembelian.
- Untuk membalas pertanyaan/maklum balas yang dihantar melalui borang Hubungi.
- Kami TIDAK menjual atau berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.
Penyimpanan Data
Data disimpan menggunakan perkhidmatan Firebase (Google) dan dihoskan di Vercel. Data dilindungi mengikut peraturan akses yang ditetapkan dan hanya boleh diakses oleh pentadbir platform ini.
Hak Anda
Anda boleh meminta semakan, pembetulan, atau pemadaman data peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui halaman Hubungi.
Perubahan Dasar
Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini.
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan dasar privasi ini, sila hubungi kami melalui halaman Hubungi.